Naib
Presiden PAS Salahudin Ayub berkata parti itu serius melahirkan
kepimpinan baru yang bakal menggantikan tokoh sedia ada termasuk jawatan
presiden dan timbalan presiden pada masa akan datang.
Katanya, PAS tidak ketandusan melahirkan kepimpinan yang bakal menggantikannya memandangkan parti itu mempunyai Dewan Pemuda yang dianggap sebagai kilang bagi memenuhi perubahan kepimpinan pada masa depan.
Beliau yang juga bekas ahli parlimen Kubang Kerian berkata, kira-kira 80 peratus dalam kepimpinan tertinggi PAS ketika ini pernah memimpin sayap parti itu sebelum ini.
"Oleh sebab itu, PAS melihat konsep perubahan (kepimpinan) ini bersifat dinamik untuk kita mara ke depan.
"Dulu Samsung jenama mesin basuh, tapi hari ini dengan smartphone, Samsung mengatasi Nokia. Itu satu contoh bahawa semua parti politik termasuk PAS akan memastikan parti terus progresif dan dinamik pada masa akan datang," katanya.
Salahudin menjawab soalan berhubung sama ada mustahil atau tidak parti itu membuat perubahan kepimpinan supaya parti itu dilihat segar dan berupaya dalam arena politik negara.
Kualiti pemimpin muda PAS dikritik
Beliau berkata demikian dalam sebuah dialog bertajuk "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" di ibu negara malam tadi.
Turut hadir tiga lagi pemimpin kanan PAS termasuk seorang lagi naib presiden Datuk Husam Musa.
Dalam forum itu, isu kualiti pemimpin muda PAS antara perkara yang dikritik hebat penonton, yang rata-ratanya profesional muda.
Mereka antaranya membandingkan kepimpinan Dewan Pemuda yang sepatutnya ke depan mendepani isu semasa tetapi akhirnya tenggelam dengan kewibawaan tokoh muda PKR dan DAP.
Malah, ada penonton yang menyindir pendekatan Pemuda PAS yang sering mahu mengadakan demonstrasi anti-konsert tetapi didakwa membungkam dalam isu melibatkan dasar negara.
Salahudin mengakui tokoh yang lama seperti bekas menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan berundur apabila sampai masanya.
"Saya berani katakan, dalam lima tahun akan datang ini, Malaysia akan menyaksikan Malaysia tanpa Datuk Seri Anwar (Ibrahim), Tok Guru Abdul Hadi (Awang), tanpa Lim Kit Siang.
"Itu realiti yang perlu kita akui. Tak ada pemimpin akan menongkat dunia. Adakah kami akan relevan pada masa akan datang, itu perlu dijawab dengan penuh objektif," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan