Khamis, 24 Oktober 2013

PAS Terima Permohonan Maaf Kerajaan

BULETIN ONLINE


DUNGUN – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu memohon maaf kepada wakil-wakil rakyat PAS yang sebelum ini hanya diberi gelaran ‘Yang Berbahagia’ dalam satu surat yang dihantar oleh Pejabat Daerah Dungun.

Keempat-empat ‘Yang Berhormat’ PAS di Kawasan Dungun termasuk Ahli Parlimen dalam satu surat rasmi bil (4) PPD025/1/542 yang bertarikh 14 Oktober hanya ditujukan dengan gelaran ‘Yang Berbahagia’ sahaja.

IMG-20131021-WA0027

Pada Khamis 17 Oktober lalu, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly selaku Yang DiPertua PAS Dungun telah membuat bantahan dalam satu sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan PAS Terengganu.

Berikutan bantahan itu, Pegawai Daerah Dungun Haji Mat Akil Haji Mat telah menghantar surat Pohon Kemaafaan Atas Gelaran ‘Yang Berbahagia’ Kepada ‘Yang Berhormat’ pada 20 Oktober.

“Dengan rasa rendah diri, pihak kami memohon kemaafan diatas kesilapan yang tidak disengajakan berlaku pada surat tersebut.

“Pihak Kami juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan seperti ini lagi dimasa yang akan dating,”tulis Haji Mat Akil.

Ustaz Wan Hassan berkata, tidak munasabah ia adalah satu perkara yang tidak disengajakan oleh pihak kerajaan kerana bersama surat yang dihantar tersebut, dituliskan dengan jelas nama ADUN Umno-BN Bukit Besi dengan gelaran ‘Yang Berhormat’.

Namun begitu katanya, PAS tetap memaafkannya dengan syarat ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

“namun begitu kita menerima permohonan maaf tersebut…………pegawai daerah pun dan pegawai yang mengeluarkan surat itu dah minta maaaf berbanyak-banyak,

“tapi kita harap ia tidak diulang lagi kerana ia adalah satu perkara yang amat berat yang melibatkan protokol, bukan wakil rakyat PAS yang hendak digelar begitu,

“tetapi setelah mereka dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi, maka mereka digelar yang berhormat, ”jelasnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, para pegawai kerajaan hendaklah sentiasa ‘tidak berpihak’ dan berkhidmat dengan ikhlas dan jujur serta dedikasi, mengikut kepada peruntukan-peruntukan, etika dan protokol yang telah ditetapkan.

Katanya, ia amat penting bagi memstikan suasana yang harmoni serta mengelakkan sebarang perasaan ‘tidak hormat’ rakyat kepada para pegawai yang bertugas.

Tiada ulasan: