Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : KEADILAN menuntut penjelasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di New South Wales, Australia berhubung larangan menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apakah benar emel ini dihantar pegawai berkenaan.
“Jika benar, ia membawa implikasi besar terhadap kebebasan akademik Mahasiswa yang dihantar belajar di luar negara,” pengarah komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil (gambar).
Beliau mempersoalkan sama ada larangan itu merupakan sebahagian Penetapan Pertambahan Standard (SOP) JPA.
“Mengapa emel ditulis lebih berbentuk ‘ancaman’ dari ‘nasihat’ perlu dihantar?
“Saya menuntut penjelasan khususnya JPA Advisor Office, Consulate of Malaysia di New South Wales,” katanya.
Semalam Keadilandaily mendedahkan amaran pegawai penasihat pelajar JPA, Sharezan Md Sheriff kepada mahasiswa Malaysia di Australia agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Anwar.
“Jika benar emel ini dihantar, golongan ‘moderat’ dan ‘progresif’ Umno perlu menjelaskan pendirian mereka.
“Mengapa membenarkan budaya mengongkong minda mahasiswa menular, khusus apabila sesuatu aktiviti itu melibatkan ahli-ahli Pakatan Rakyat?
“Jelas kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran BN teramat paranoid dan terancam dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan