Isnin, 21 Oktober 2013

Laporan polis terhadap Ibrahim Ali dibuat di Sabah

 
Ini adalah rentetan daripada beberapa kenyataan Ibrahim Ali yang tidak menghormati agama Kristian yang merupakan agama penduduk majoriti di Sabah dan Sarawak.




KOTA KINABALU: Rakyat Sabah amat kecewa dengan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mahu bible berbahasa Melayu dibakar.

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang rakyat asal Sabah pada 20 Oktober lalu jam 8 malam.

“Rakyat Sabah prihatin terhadap keamanan dan bertekad membuat satu laporan polis terhadap Ibrahim Ali di Balai Polis Polis Luyang, Kota Kinabalu,” kata Jacky (nama samaran).

“Ini adalah rentetan daripada beberapa kenyataan Ibrahim Ali yang tidak menghormati agama Kristian yang merupakan agama penduduk majoriti di Sabah dan Sarawak,

“Sememangnya kita tahu bahawa Ibrahim Ali amat ‘lantang’ berkata dan akan memilih untuk ‘bersidang’ pada waktu isu tertentu,”tegas beliau

Dalam laporan tersebut pengadu menyatakan bahawa beliau ingin keamanan dan kedamaian di negara berkekalan.

Beliau mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang dibawah Seksyen 4(1)(B) Akta Hasutan 1948 kepada Ibrahim Ali di atas tuduhan menghasut kententeraman dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kau dan agama.

Kenyataan beliau yang tersebar luas tersiar luas di media tempatan mahupun luar negara berkenaan pengharaman Alkitab Kristian dan menghina kepercayaan agama yang melanggar peruntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Bagi sesetengah orang, mereka melabel Ibrahim Ali sebagai ‘Bapa Perkauman’ di Sabah dan agak sinonim dengan ‘katak’ di Malaysia.

Turut baca:
Hasrat Bung Mokhtar letak jawatan dibantah

Tiada ulasan: