BR1M 3.0 Vs Subsidi Minyak : Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Che Det walaupun umurnya sudah pun mencecah hampir 90 tahun.
Tetap masih aktif dan acapkali berkongsi
pendapat yang adakalanya ditentangkan oleh pihak lawan mahupun kawan.
Tetapi banyak juga pendapat yang boleh dipertimbangkan terutamanya
menjelang pembentangan (Bajet 2014) tidak lama sahaja lagi…
Nasihat Che Det Kepada Najib Razak & Kerajaan Malaysia
- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan
- Che Det lebih suka kerajaan lebih fokus untuk mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka berbanding memberikan imbuhan seperti BR1M semata
- “Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
- “Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi,” katanya sambil menambah: “Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan.”
BR1M 3.0 VS Subsidi Minyak?
Maknanya di sini, Che Det lebih gemar
dengan pendekatan memberikan joran kepada rakyat berbanding memberikan
ikan secara terus kepada rakyat. Sekurang-kurangnya dengan memberikan
joran dan peralatan serta kemudahan latihan yang diberikan kepada rakyat
contohnya memberikan peluang untuk rakyat Malaysia mendapatkan “variasi ikan secara berterusan”.
- Hakikatnya sekarang ini, dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini (DI SINI) kerajaan telah berjaya jimatkan pemberikan subsidi kepada rakyat Malaysia sebanyak RM3.3 bilion
- Dan berdasarkan semakan Berita Semasa di atas pemberian subsidi BR1M 2.0, kerajaan sekali lagi akan membelanjakan lebih RM3 bilion (KLIK SINI) untuk pusingan pemberikan BR1M 3.0. Daripada datangnya duit tersebut? Jikalau tidak datangnya dari ……………..
Berita Semasa bersetuju dengan pendapat
dan saranan Che Det dalam hal ini dan bagi Berita Semasa sendiri Bantuan
BR1M tidak dilihat memadai dengan kenaikan belanja dan tidak
menyelesaikan kepincangan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang
ini.
Mengapa? Ini antara sebab yang Berita Semasa telah kenal pasti :
- Andaikata BR1M dinaikkan sebanyak RM600 sekalipun tidak berpadanan dengan tanggungan belanja isi rumah rakyat Malaysia termasuklah belanja petrol dan diesel yang meningkat sebanyak RM752 setahun (yang nilainya lebih tinggi dari BR1M), setiap isirumah juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang secara keseluruhannya akibat inflasi. Jumlah tanggungan adalah jauh lebih tinggi dari nilai RM600 BR1M yang ditawarkan kelak. Sudah bersedia rakyat Malaysia?
- Keduanya pula, faktanya ramai golongan yang berhal memperolehi BR1M tercicir dalam senarai penerima BR1M. Di mana hanya sebahagian rakyat Malaysia sahaja yang menerima BR1M iaitu sekitar 40% isirumah, sedangkan 40% lagi golongan sederhana yang turut terkesan tidak mendapat sebarang bantuan. Adakah anda orangnya?
- Ketiga, akan menyebabkan budaya kebergantungan dengan nilai pemberian BR1M sedangkan subsidi itu diperkenalkan sekian lam untuk menurunkan kos sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan yang baik yang membebaskan mereka dari perangkap kemiskinan.
Realitinya sekarang ini, pendapatan dan
perbelanjaan setiap isi rumah rakyat Malaysia adalah berbeza mengikut
taraf sosioekonomi keluarga. Setuju atau tidak?
Dan…semakan Berita Semasa menunjukkan
melalui kajian yang dihasilkan sendiri oleh Malaysian Institute of
Economic (MIER) Research) bagi Kajiselidik Belanja Isirumah 2009/10,
menunjukkan keputusan seperti di bawah ini :
Pendapatan Isi Rumah VS Belanja Minyak?
Bagaimana realiti angka yang ada
sekarang? Bagaimana pula agaknya keadaan rakyat di Sabah & Sarawak
yang menggunakan lebih banyak penggunaan minyak antara faktor logistik
& geografi mereka?
Mana satu pilihan anda subsidi minyak atau BR1M?
Mengapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan