Sepanjang mengikuti perbahasan rang undang-undang Pencegahan Jenayah (pindaan dan perluasan) PCA 2013 timbul pertanyaan di dalam kepala saya kenapa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim tidak ada dalam dewan? Bukankah rang undang-undang berkenaan penting dan patut diberikan perhatian wajar untuk memastikan rang undang-undang berkenaan yang kini sudah menjadi akta dibahas secara serius dan memuaskan?
Najib dan Anwar, ini bukan di New York. |
Apakah Anwar tidak dimaklum mengenai pembentangan rang undang-undang
berkenaan? Sebagai ketua pembangkang adalah mutahil kalau Anwar tidak
memaklumi atau dimaklumkan rang undang-undang berkenaan. Mengikut amalan
biasa deraf rang undang-undang itu diberikan awal-awal lagi kepada
semua ahli dewan untuk semakan dan penelitian.
Anwar tidak mengambil bahagian langsung dalam apa-apa perbahasan, baik
pada peringkat dasar, jawatan kuasa atau pada bacaan kedua dan
peringkat akhirnya. Beliau memasuki dewan selepas rang undang itu
diluluskan dengan majoriti dari pihak kerajaan.
Anwar baru memberi komen terhadap rang undang-undang itu dihari akhir
sidang dewan dalam sidang akhbar khas di parlimen. Dalam sidang itu
beliau memberi jaminan akta itu akan ditentang. Kempen akan dilakukan
untuk menentang akta pencegahan berkenaan yang bagi pembangkang ia
merupakan akta yang zalim dan bertentangan dengan perlembagaan negara.
Tetapi dalam masa sama Anwar sepakat dengan parti Pakatan Rakyat untuk
tidak mengadakan bantahan secara demonstrasi seperti mana selalunya.
Pendekatan dan sikap ini sesuatu yang anih dan ganjil serta menimbulkan
pertanyaan. Kerana sebelum ini apa-apa saja isu yang bertentangan
dengan naluri pembangkang akan dieksploitasikan untuk kepentingan
politik, walaupun ia berharga murah.
Kerana kegajilan itu menyebabkan saya berfikiran lain mengenainya.
Maafkan saya kalau saya membuat kekhilafan didalam menilai apa yang
berlaku itu. Saya merasakan ketiadaan Anwar di dalam parlimen kerana ada
urusan lebih penting di luar sana?
Umum
tahu seminggu lepas perdana menteri Mohd Najib Razak berada di Amerika
Syarikat kerana menghadiri persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di
New York City. Pemergian Najib adalah jelas kerana tugas dan
tanggungjawab kepada negara.
Pada masa
ketiadaan Najib dalam negara itu, ketika inilah juga Anwar tidak ada di
Malaysia. Khabarnya Anwar juga berada di New York. Ikut bersama ialah
isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Khabarnya pemergian Anwar dan
isteri ada perkara mustahak di sana. Apa dia?
Tidak diketahui apakah program Anwar di New York? Tetapi yang pastinya
beliau dan isterinya sama-sama tidur di New York ketika juga Najib dan
Rosmah Mansor tidur di sana. Yang pastinya sebagai ahli politik negara,
kedua-dua pihak mesti mengetahui di antara satu sama lain. Di New York
juga ramai rakyat Malaysia yang kebetulan menjadi sahabat mereka.
Tidak mustahil kalau rakyat Malaysia (sahabat mereka itu) memaklumkan
kehadiran di antara satu sama lain atau mengajak mereka bertemu dan
bersantai.
Juga adalah tidak mustahil kalau mereka sempat makan malam atau minum kopi bersama di New York. Kalau di dalam negara mereka boleh minum tea tarik bersama, apa lagi di New York. Di sana lebih aman kerana jauh dari pandangan Dr Mahathir Mohamad.
Juga adalah tidak mustahil kalau mereka sempat makan malam atau minum kopi bersama di New York. Kalau di dalam negara mereka boleh minum tea tarik bersama, apa lagi di New York. Di sana lebih aman kerana jauh dari pandangan Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini Najib dan Anwar gagal berjumpa dan bersemuka di Jakarta.
Kelewatan Najib selama 15 minit menyebabkan pertemuan itu gagal. Namun
agenda pertemuan berkenaan masih belum padam. Pada 16 September lalu
sempena hari Malaysia, Anwar membuat satu seruan politik yang lunak (ceasefire) iaitu bersedia untuk berdilog dengan kerajaan bagi kepentingan nasional.
Saya melihat pernyataan Anwar itu bukan disengajakan atau diada-adakan.
Ia mesti ada sesuatu motif dan tujuannya. Sebagai pemimpin yang ada
prinsip dan maruah Anwar tidak mengentuk pintu 'gedung' untuk bertanya
apakah ada orang atau tidak di dalamnya melainkan sesudah dia ada suara
orang di dalamnya baru beliau mengetuknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan