Jumaat, 30 Ogos 2013

Zoo Negara disiasat SPRM ?

ANTARA POS.COM

Post Pic
SHAH ALAM: Pihak Zoo Negara dan pengarahnya dikatakan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kes rasuah dalam pemberian tender dan juga kontrak.

Menurut portal theantdaily, tiga orang pegawai kanan Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) dikatakan terlibat dalam kes terbabit dan satu laporan telah diserahkan kepada pihak SPRM untuk tujuan siasatan.

MZS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pengurusan dan hal ehwal berkenaan zoo.

"Pegawai-pegawai kanan ini memberikan kontrak untuk kroni mereka sebagai rasuah," kata sumber yang mendedahkan skandal ini.

Kenderaan milik zoo tersebut juga telah dirampas setelah siasatan mendapati kenderaan itu digunakan untuk kegunaan peribadi bagi perjalanan jarak jauh ke Thailand.

Menurut sumber, proses pemilihan ahli-ahli majlis MZS, ahli-ahli biasa dan ahli seumur hidup juga sedang diteliti dan disiasat.

"Ini adalah kerana terdapat dakwaan undi penipuan dalam proses pilihan raya," kata sumber itu.

Difahamkan, pihak zoo terbabit turut diminta untuk memberikan penjelasan berkenaan geran kerajaan yang diberi kepada zoo terbabit bersama rekod perbelanjaan dan aliran keluar masuk wang yang diperuntukkan.

Seorang kontraktor turut disiasat apabila mendapati sebut harga melalui kontrak yang diberikan jauh lebih tinggi dan juga dipercayai keuntungan itu telah dikongsi sesama mereka yang terlibat.

Menurut sumber, skandal ini melibatkan aliran wang mencecah jutaan ringgit.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan namun enggan mengulas lanjut.

1 ulasan:

zamy berkata...

selagi negara nie diperintah oleh penyamun UMNO/BN....selagi itulah setakat dengar jerlah berita2 mcm nie.....sbb tak der action yg setegasnyer oleh penguat kuasa undang2 di Mlaysia nie.......