Rabu, 7 Ogos 2013

Kulasegaran: Adakah menteri pelajaran tidak berhati perut?

OLEH JENNIFER GOMEZ




























Isu SK Seri Pristina masih belum selesai dengan anak kepada individu yang melakukan pendedahan diancam dan dibuli oleh rakan dan guru di sekolah berkenaan.

Ia membuatkan Naib Pengerusi DAP,  M Kula Segaran (gambar) menyelar Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu pendedah maklumat berkenaan, anak perempuan Guneswari Kelly yang berusia sembilan tahun.
Kanak-kanak berkenaan didakwa menjadi sasaran selepas ibunya memuat naik gambar pelajar bukan Muslim sekolah berkenaan makan di bilik persalinan selepas kantin sekolah berkenaan diubah suai.

 Kula Segaran berkata jika tiada sebarang tindakan dilakukan beliau akan membawa perkara berkenaan dalam mesyuarat Parlimen.

"Saya akan bertanya di Parlimen apa sebabnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dipanggil tidak berkuasa dan menteri pendidikan yang tiada hati perut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada laporan akhbar guru besar,  Mohd Nasir Mohd Noor pergi ke sekolah ketika beliau bercuti dan mengambil gambar beberapa murid bukan Islam yang disyaki membocorkan perkara itu.

Masyarakat kemudiannya marah dengan gambar yang diedarkan di Internet dan memaksa kementerian masuk campur.

Guneswari juga berkata beliau dan anaknya menerima ancaman termasuk diculik dan dilokap.

Anaknya itu jelas Guneswari tertekan selepas diancam dan dibuli di sekolah, rakan-rakannya termasuk guru mengusiknya.

Kula Segaran berkata kanak-kanak itu juga dikatakan terpaksa memberi pensil untuk diterima semula sebagai kawan, namun tidak berjaya.

"Siapa jangkakan menteri pendidikan akan mengambil tindakan menghentikan buli dan mengambil tindakan terhadap pengetua dan guru, namun tiada apa yang berlaku."

Beliau berkata, masyarakat amat sedih dengan perkara yang berlaku.

"Ramai yang tidak percaya guru boleh menjadi tidak professional dan kejam terhadap anak Guneswari," katanya.

Tambahnya, beliau pada bulan lalu mendesak pengetua berkenaan dikenakan tindakan disiplin, malah menghantar pegawai tinggi kementerian untuk menyelesaikan isu ancaman berkenaan.

Namun kementerian tidak mengambil sebarang tindakan,' katanya.

Tiada ulasan: