Isnin, 5 Ogos 2013
DAP ragu tindakan terhadap Bernama dan media Umno kerana silap lapor kenyataan TPM
Lim Guan Eng (gambar) meragui tindakan akan diambil terhadap agensi berita nasional Bernama serta akhbar milik Umno New Straits Times dan Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassan dan menghina senstiviti kaum.
Menurut Setiausaha Agung DAP itu , ini kerana dasar Umno mengamalkan sikap pilih kasih dan hanya akan mengenakan hukuman ke atas pihak yang tidak menyokong parti itu namun tidak kepada pihak bersekongkol dengan mereka.
"Ini jelas kerana tiada tindakan yang diambil ke atas Utusan kerana menyiarkan laporan mencetuskan kemarahan kaum di negara ini sehingga terjadinya rusuhan 13 Mei hingga menggorbankan puluhan nyawa,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Juga kegagalan kerajaan untuk menghukum pemimpin Perkasa (Datuk) Ibrahim Ali dan (Datuk) Zulkifli Noordin kerana menggesa pembakaran kitab injil dan membuat penghinaan terhadap agama Hindu, malah menteri-menteri Umno seperti Datuk Abdul Rahman menyokong tindakan tersebut," tambah beliau lago.
Lim mengulas tindakan tindakan dua media, Bernama dan akhbar arus perdana New Straits Times yang kononnya melaporkan komen palsu bahawa Muhyiddin menyalahkan orang bukan Islam menghina agama Islam dimana beliau menyatakan komen itu bagi mengulas isu pelatih anjing dalam klip video Satu Hari Di Hari Raya.
Bagaimanapun, komen itu dinafikan sendiri oleh Muhyiddin apabila menjelaskan tidak pernah menyebut secara khusus perkataan orang bukan Islam kerana kenyataan yang dibuat bersifat umum seperti yang dilaporkan pada 30 Julai lalu.
Ekoran itu, pihak polis digesa segera mengambil tindakan ke atas Bernama dan New Straits Times di bawah Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Penerbitan, Multimedia dan Komunikasi 1998, kata Lim.
“Sebagai mangsa yang pernah menjadi menjadi fitnah mereka oleh organisasi media tersebut, saya percaya Muhyiddin kini juga sudah menjadi mangsa atas penipuan mereka kerana itu hanya hukuman yang mampu membuat penyebaran penipuan memfitnah hingga menggugat keharmanonian kaum di negara ini tidak akan dilakukan lagi," katanya lagi.
Menurut Lim akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga harus dikenakan tindakan kerana menyiarkan laporan palsu berhubung kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaveegan yang memberi amaran polis tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Fitnah dan Hasutan kepada individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sehingga mencetuskan provokasi dan ketegangan kaum.
Pada Julai 31 lalu, Bernama dan New Straits Times melaporkan komen Muhyiddin berbunyi "satu lagi tindakan menganggu"dimana beliau merujuk kepada ia merupakan satu tindakan yang menyentuh sensitiviti agama Islam dan menyalah masyarakat bukan Islam kerana menghina agama rasmi negara ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan