Ahad, 9 Jun 2013

‘Ubah Network’: Usaha DAP dapatkan sokongan rakyat Malaysia luar negara

 Roketkini.com

 KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa EksekuRoketkini.comtif Pusat (CEC) DAP memutuskan untuk membangunkan bagi mendekati 500,000 rakyat Malaysia di luar negara terutamanya di Singapura, Eropah, Amerika, Australia dan Asia-Pasifik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini mengumumkan keputusan itu yang dibuat dalam mesyuarat CEC 5 Jun lalu.

“Rangkaian Ubah ini akan dipimpin oleh Setiausaha Antarabangsa DAP yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah, Sdr Sivakumar Varatharaju Naidu. Jawatankuasa Rangkaian Ubah ini akan diumumkan kemudian,” ujar Guan Eng.

Menurut beliau kepentingan warga Malaysia yang menetap di luar negara semakin meninggi berikutan perakuan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan pengundian luar negara di Kedutaan Malaysia sewaktu PRU ke 13.

“Malangnya, jumlah yang keluar mengundi sangat tidak memuaskan. Di Great Britain, dengan hampir 80,000 warga Malaysia, hanya 1,200 yang mengundi di Kedutaan Malaysia di London,” kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Ada lebih banyak ruang dan peluang untuk mendapatkan sokongan daripada 500,000 rakyat Malaysia luar negara yang layak mengundi tetapi tidak berbuat demikian,” tambahnya. – Roketkini.com

Tiada ulasan: