Jumaat, 7 Jun 2013

Shabery: Tonton 'Tanda Putera' sebelum kritik



 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata MP Gelang Patah Lim Kit Siang sepatutnya menonton filem kontroversi 'Tanda Putera' sebelum membuat kritikan ke atas karya berkenaan.

Shabery berkata Lim kemudiannya malah akan dapat menulis ulasan atau membuat filem sendiri mengikut “kebebasan ekspresi”, selepas menonton filem berkenaan.

Jelasnya, nilai seni sesuatu karya itu boleh dilihat dari pelbagai sudut – sama ada bagi artis atau peminat seni dan begiut juga bagi sejarah.

“Pembangkang hanya ingin mengekang kebebasan ekspresi orang lain hanya dengan khabar angin atau dengan melihat sebahagian kecil daripadanya,” kata Shabery.

Tiada ulasan: