Sebahagian daripada sebuah rumah anak yatim di Hulu Kelang di sini dijilat api dalam kejadian malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihak bomba
menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.57 malam, beberapa
minit selepas kebakaran bermula.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang
dipercayai bermula di tingkat teratas bangunan tiga tingkat itu yang
melibatkan tiga bilik, katanya ketika dihubungi Bernama.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, kata jurucakap itu.
Bilangan penghuni rumah anak yatim itu belum dapat dipastikan ketika berita ini ditulis.
Dua jentera bomba dari Balai Bomba Ampang Jaya dan Pandan Indah
digegaskan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal pada pukul 10.40
malam. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan