Rabu, 5 Jun 2013

PKR hantar petisyen 10 Jun

Wartawan Sinar Harian

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
PETALING JAYA - PKR akan memfailkan petisyen berhubung keputusan PRU13 pada pada 10 Jun depan. kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, walaupun tarikh itu yang diberikan peguam terlalu dekat dengan tarikh terakhir bantahan iaitu 12 Jun, namun PKR akan tetap menghantar petisyen pada hari berkenaan kerana perlu membuat senarai terakhir dengan lebih terperinci.

"Petisyen bukan satu kerja mudah dan kerana itu kami tidak mahu tergesa-gesa. Terlalu banyak perincian yang perlu di perinci.

"Kami berharap, ia akan berjalan lancar dan setakat ini pegawai-pegawai yang menyelaras sedang mengemas kini kesemua maklumat berserta bukti," katanya kepada media, di sini, semalam.


Katanya, petisyen itu akan dibuat secara bersaingan dengan parti gabungan lain iaitu Pas dan DAP.
"Masing-masing ada peguam sendiri. Tapi kami akan menghantar pada tarikh yang sama. Petisyen ini juga akan difailkan mengikut mahkamah terdekat.

"Parti lain, saya tidak tahu sejauh mana perkembangan mereka cuma kita berharap ia akan berjaya. PKR juga akan memfailkan 19 petisyen tersebut," katanya.

PR mempunyai tempoh 21 hari untuk berbuat demikian selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU-13, 22 Mei lalu.

Tiada ulasan: