Syed Abdullah Jamalullail , |
Tiada alasan dan kompromi apabila menyatakan bahawa kebakaran besar-besaran di ladang-ladang adalah berpunca daripada cuaca panas yang terbakar secara sendirinya. Inilah apa yang terjadi apabila rasa tamak dan mengambil jalan mudah kerana mahu menjimatkan kos - membakar ladang bertujuan untuk menanam semula - selain menjimatkan kos kali ganda dan mudah juga menjadikan tanah bertambah subur.
Natijahnya, yang akan menjadi mangsa adalah kita sendiri dan negara-negara dirantau ini. Bukan sahaja kesihatan rakyat terutama sekali kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas tetapi juga mereka yang mempunyai berbagai-bagai penyakit kronik saperti sakit lelah, darah tinggi dan jantung yang sedia ada akan menambahkan peritnya lagi.
Selain itu ekonomi kita akan terjejas yakni kedatangan pelancong luar akan berkurangan dan banyak aktiviti yang berkaitan dengan ekonomi akan juga terjejas serta pejabat dan sekolah akan juga terlibat sama.
Kita selalunya bising dan marah tetapi setelah jerebu itu hilang dalam masa dua atau tiga bulan kita lupa kembali dan membiarkannya berlalu sehinggalah ada pembakaran dan berlaku jerebu lagi maka kita meraung lagi. Hal itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah kalau kita dan negara-negara jiran yang lain yang ada kepentingan dengan sektor perladangan ini tidak melakukan sesuatu agar perkara sebegini tidak lagi berlaku dimasa hadapan. Untuk membantu memadamkan api saperti negara Singapura cadangkan itu tujuannya baik tetapi mengapa setelah segala-galanya misi pembakaran ini selesai baru hendak kita bersusah payah membantu mereka?
Berikan amaran supaya dan menarik balik pelaburan. Walaupun mendatangkan keuntungan tetapi kita akan rugi berlipat kali ganda lagi dalam hal-hal lain pula. Kita kena tegas dalam hal ini kerana kesihatan dan nyawa orang ramai lebih kita utamakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan