Kami tidak pasti apa tujuan dan asbab,
laporan berita Bernama ini dikeluarkan. Mungkin Mirzan yang merupakan
anak Tun Mahathir, mantan perdana menteri malaysia keempat acapkali
dilemparkan tuduhan menjalankan bisnes arak dan minyak.
Berbelit–belit, mula-mula cuba
mempertahankan si empunya badan tiada apa-apa kepentingan dengan satu
syarikat minyak dengan sedang meningkat naik sejak akhir-akhir ini
apabila berjaya menelan Esso Malaysia. Susunan ayat pada
peranggan-perenggan akhir lain pula bunyinya. Yang mana satu?
Sumber : Kosmo & Bernama
Tidak pegang saham di Malaysia, tetapi
ada saham di Filipina? Mirzan dikatakan pula ada saham dengan Petron
Corporation Filipina dan juga ada saham dalam San Miguel Corporation
yang merupakan syarikat induk bagi Petron Malaysia. Syarikat San Miguel
ini ada macam-macam lapangan perniagaan yang diterokai. Tetapi dalam
banyak-banyak perniagaan, apa perniagaan teras syarikat San Miguel?
“Arak”
Sehingga dalam pada tempoh yang singkat,
Petron malaysia diberikan peranan yang cukup besar apabila mendapat
kontrak membekalkan minyak kepada Malaysia Airlines (MAS) sekaligus
mengenepikan secara mudah sebuah lagi syarikat multinasional yang lebih
besar daripada Petron iaitu Petronas. Hebat…
Agak-agaknya jikalau namanya Mirzan Bin Abu Bakar dapat atau tidak kontrak lumayan daripada Malaysia Airlines? Mungkin……….?
“Tahniah!”. Hanya dengan berbekalkan
sejumlah 5,000 saham sahaja daripada 3.3 bilion saham tetapi berjaya
menjadi pengarah. Hebat anak Tun Mahathir berniaga. Dalam banyak-banyak
lapangan perniagaan, syarikat yang merupakan peneraju arak di Asia
Tenggara dipilihnya. Tahniah sekali lagi!
Tetapi….tetapi, Mirzan Tun Mahathir
tidak berseorangan, ramai juga orang Melayu kita ada kepentingan dalam
syarikat judi Genting, Sport Toto. Malaysia yang kami perhatikan agak
unik sistemnya, ada kepentingan dalam syarikat judi atau arak tidak mengapa.
Tetapi, jangan anda sebagai rakyat biasa minum arak atau bermain judi,
anda akan didenda dan dihukum sekeras-kerasnya. Apa respon balas anda
pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan