Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memandang serius akan gesaan memansuhkan
Undang-undang Jenayah Syariah yang dibuat oleh The Joint Action Group
for Gender Equality (JAG) berhubung isu mengenakan sebatan Syariah ke
atas pesalah sumbang mahram dan zina. Seramai 22 daripada 39 pesalah
dilaporkan wanita.
Wanita ISMA merasakan gesaan tersebut dibuat dari kacamata sempit feminisme dan liberalisme yang gagal melihat isu tersebut secara menyeluruh kerana ia melibatkan dosa besar dalam undang-undang Syariah, iaitu sumbang mahram dan zina.
Sumbang mahram adalah hubungan seks/kelamin di antara dua individu yang diharamkan berkahwin oleh syariat agama.
JAG gagal mempertimbangkan faktor di mana kajian di antara tahun 2000-2008 menunjukkan Selangor dan Johor merekodkan kes tertinggi sumbang mahram, iaitu sebanyak 308 kes.
Menurut penolong pengarah kanan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Mohd Zambri Kambari, sebelum ini, kesalahan tersebut hanya didenda membayar RM5,000 atau penjara 3 tahun.
Nyata, kedua-dua hukuman ini, yang mungkin dianggap ringan gagal menghalang kes-kes sebegini daripada terus berlaku. Sumbang mahram, jika tidak dibendung, melahirkan natijah yang lebih buruk iaitu dengan merosakkan susur galur keturunan salasilah keluarga, terutamanya jika hubungan tidak sah ini melahirkan zuriat.
Anak-anak yang lahir dari hubungan sumbang mahram juga terdedah kepada trauma psikologi.
Wanita ISMA menyokong tindakan JAIJ dalam menguatkuasakan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri Johor kerana ia dilakukan mengikut garis panduan yang mematuhi sebatan Syariah. Sebatan Syariah ini memerlukan wanita hanya di dalam keadaan duduk, tidak seperti lelaki yang terpaksa berdiri.
Ini adalah bukti di mana Islam masih menjaga kehormatan wanita, tanpa mengorbankan prinsip asas setiap yang bersalah mesti dihukum, tanpa mengira jantina. Hukuman ke atas wanita juga boleh ditangguhkan sekiranya mereka mengandung atau masih menyusukan bayi.
Pesalah juga dirotan dalam keadaan berpakaian penuh, dan sebatan tidak sepatutnya mengenai muka, kepala, alat sulit, perut atau dada. Kayu sebatan juga telah ditetapkan panjang dan saiznya dan perotan tidak boleh mengangkat tangan untuk merotan melebihi kepalanya. Kesemua ini tidak mungkin mendatangkan kecederaan fizikal yang serius, sebaliknya hanyalah untuk mendidk.
Undang-undang Syariah adalah asas akidah seorang Muslim. Setiap dari Muslim percaya bahawa undang-undang Syariah yang diturunkan Allah adalah relevan sepanjang zaman. JAG mendakwa bahawa tiada bukti kukuh bahawa sebatan dapat mengurangkan kadar kes jenayah seksual.
Pada hakikatnya, undang-undang Syariah tidak pernah diberi peluang beroperasi sepenuhnya bagi menilai keberkesanannya.
Islam mengingatkan penganutnya agar menjauhi dosa-dosa besar dengan pendekatan mendidik seperti peringatan membataskan pergaulan bebas dan peraturan-peraturan lain, kerana Islam bukanlah berasaskan kepada hukuman. Islam juga menetapkan syarat-syarat ketat agar hukuman hanya dikenakan selepas ada pembuktian jelas kesalahan tersebut dan pengakuan pesalah.
Apabila kesalahan telah terbukti, dan di dalam hal ini Wanita ISMA percaya jabatan-jabatan berkenaan telahpun menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan teliti, hukuman perlu dilaksanakan tanpa menunjukkan belas kasihan.
Menurut Syed Qutb, penulis kitab tafsir Fi Zilalil Quran yang terkenal, belas kasihan pada saat ini adalah tidak wajar, kerana ia akan menjadi kezaliman ke atas masyarakat dan moraliti insaniah. Allah adalah sangat pengasih kepada hambaNya dan Dia telah menurunkan hukuman yang paling sesuai bagi manfaat hambaNya.
Apabila Allah telah menetapkan hukumanNya, adalah tidak wajar manusia cuba menentang pilihan tersebut, atau beranggapan bahawa hukuman yang diturunkan Allah kejam dan zalim. Hukuman tersebut sebenarnya lebih berperikemanusiaan dari gejala sumbang mahram dan penzinaan yang bakal melata di kalangan masyarakat jika tidak dibendung.
Adalah sesuatu yang amat membimbangkan apabila di sesetengah negara Barat, pandangan yang lebih liberal terhadap sumbang mahram cuba diketengahkan. Baru-baru ini, Universiti of Missouri di Amerika Syarikat telahpun menawarkan kursus "Sumbang Mahram Adik Beradik (Sibling Incest)" bagi semester musim bunga 2013 dalam memahami dan menerima fenomena tersebut.
Ini belum lagi mengambilkira serangan berbentuk pornografi yang juga menjadikan hubungan sumbang mahram ini sebagai salah satu genrenya.
Wanita ISMA dengan ini menggesa agar semua pihak bersatu membendung gejala sumbang manhram dan zina melalui semua bentuk pendekatan iaitu peningkatan kesedaran, pendidikan, pencegahan maupun hukuman jika perlu.
(*) Rafidah Hanim Mokhtar, Unit Penerangan Wanita ISMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan