malaysia kini
IPOH - Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat dan 19 badan bukan kerajaan
(NGO) di Perak hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan dua
individu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Sungai Senam di sini pada kira-kira 1 petang tadi.
Antara NGO berkenaan adalah Persatuan Belia Islam Perak, Persatuan
Belia 4B Parit, Persatuan Melayu Manjoi, Persatuan Penjaja dan Peniaga
Kecil Perak, Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintar Malaysia dan
Persatuan Arah Terpuji Sahsiah.
Dalam akaun Facebooknya seorang wanita yang menamakan dirinya Melissa
Gooi dan pemilik akaun twitter yang memegang nama Twithandle@10Befiend
atau dikenali sebagai Effi Obefiend didakwa menghina Tuanku Abdul Halim.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
yang mewakili kumpulan itu berkata perbuatan mereka ini seolah-olah
mencabar institusi
Perlembagaan Diraja selain dianggap sebagai rasis yang melampaui batas.
"Mereka ini perlu dilucutkan kerakyatan. Sekiranya perbuatan sebegini
tidak dibendung, sikap biadab mereka ini akan menganggu-gugat keamanan,
ketenteraman dan perpaduan kaum di Malaysia," katanya.
Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap
perbuatan tidak bertanggungjawab dua individu terbabit. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan