Rabu, 5 Jun 2013

Khairy diminta fokus bukan kacau persatuan sukan

Harakahdaily,


IPOH: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengharapkan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Khairy Jamaluddin agar memberikan fokus utama Kementerian Belia dan Sukan dan peranan beliau sebagai Menteri yang bukannya mencampuri tugas dan peranan semua persatuan sukan kerana ianya jelas bertentangan dengan tanggungjawab Menteri dan Kementerian.

"Kami berharap Khairy (gambar) dan pasukannya di dalam Kementerian agar memberikan fokus pembangunan sukan dan mencari fomula bagaimana Kementerian mampu mencorakkan sukan dan memertabatkan pembangunan sukan lebih tinggi lagi.

"Khairy harus mengenepikan 'politik' FAM yang pernah diterajuinya dahulu kerana peranan dan tanggungjawab beliau lebih besar daripada itu dan amat penting sekali.

"Kami berharap Khairy tidak sia-siakan kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau dan besarlah harapan kami agar pembangunan sukan seiring dengan pasarana sukan yang telah dimilik oleh Negara kita!" kata naib ketua Pemuda PAS, Raja Iskandar Al Hiss dalam kenyataannya.

Bagi beliau, isu berkaitan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ditegur oleh Khairy adalah tidak wajar kerana teguran tersebut hanya berkisar masalah teknikal dan bukanya berkaitan dasar sukan atau berkaitan FAM itu sendiri.

"Kami bersetuju jika Khairy memberikan teguran dan pandangannya berkaitan tindakan FAM melangggari perkara dasar berkaitan sukan bolasepak dan bukannya seolah-oleh teguran dan pandangan yang mempunyai sentimen peribadi semata-mata," katanya.

Ramai sedari bahawa Khairy pernah menjadi Timbalan Presiden FAM dahulu dan memungkinkan teguran dan pandangan beliau mempunyai sentimen peribadi dahulu di FAM.

Tiada ulasan: