Khamis, 27 Jun 2013

Kempen 1Malaysia sudah mati, kata Guan Eng, Perkasa

OLEH YISWAREE PALANSAMY DAN ELIZABETH ZACHARIAH





Sebelum Pilihan Raya 2013, konsep 1Malaysia merupakan perbualan harian di negara kita, diasaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatukan rakyat berbilang kaum selain untuk memenangi sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke 13.

Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa tanpa mendapat kembali majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi popular, dengan perasaan kecewa kerana merasa dikhianati, konsep 1Malaysia kelihatan asing kepada Najib dan orang-orang bawahnya.


Perdana menteri juga dilihat tidak lagi didengari bercakap tentang slogan itu. Kebanyakan menterinya seolah-oleh sudah melupakannya. Oleh kerana sebahagian besar masyarakat Cina mengundi pembangkang dalam pilihan raya 5 Mei lalu, sebahagian daripada pemimpin Umno dan Perkasa merasakan konsep 1Malaysia telah ditolak pengundi oleh itu, Najib perlu menjadikannya sebagai artifak.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kalah di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya 2013 mengatakan konsep 1Malaysia telah mati sebaik sahaja pentadbiran Najib menyalahkan masyarakat Cina kerana kelemahan prestasi BN.

Pada pengalaman lalu, idea penyatuan antara kaum berlainan tidak menjadi kerana ia berlandaskan andaian salah: masalah utama dihadapi oleh bukan Melayu boleh ditangani dengan pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

“Bagi Najib, cara paling mudah adalah pemberian BR1M dan terus memberinya. Ini merupakan satu penghinaan kepada bukan Melayu. Lagipun, selepas pemberian BR1M, pemberian terhadap pembangunan sekolah dan MOU dengan Hindraf, apakah undi Cina dan India kembali?” kata Ibrahim ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Kedua-dua BR1M dan 1Malaysia mempunyai satu kesamaan. Kedua-dua mempunyai jangka hayat pendek,” tambah beliau lagi.

Tiada ulasan: