Liow (atas) yang juga pengerusi pasukan tranformasi MCA berkata, MCA akan mengumpul maklumat itu dalam tempoh tiga bulan sebelum menyusunnya menjadi sebuah rangka tindakan, yang pertama kali dibuat dalam sejarah parti itu.
Rangka dasar itu akan dibawa untuk restu jawatankuasa pusat dan mesyuarat agung tahunan pada 21 Disember untuk dibahaskan oleh perwakilan dan kemudian menjadi garis panduan pelaksanaan MCA, katanya dalam sidang media hari ini.
MCA bertanding 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Parti Cina itu hanya menang di tujuh Parlimen dan 11 DUN.
Pasukan yang diketuai Liow itu ditugaskan menjalankan bedah siasat atas kekalahan itu dan menyarankan cadangan transformasi dalam parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan