Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, video yang didedahkan menunjukkan markas Syiah Melayu di Selangor perlu diberi perhatian serius.
"... kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan apa sahaja peruntukan bagi menghalang dan menyekat penyebaran ajaran Syiah di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media.
Video bertajuk ‘Pembukaan Madrasah Ansar Imam Mahdi di Malaysia’ telah tersebar luas di internet.
Tegas Abdullah Zaik pihaknya menolak sama sekali usaha mana-mana pihak yang cuba menyebarkan fahaman Syiah dalam kalangan masyarakat Sunni di seluruh negara.
"... melalui pendedahan tersebut membuktikan aktiviti ajaran Syiah secara terang-terangan semakin berkembang di Malaysia.
"Isma akan terus berusaha untuk mempertahankan Malaysia sebagai negara Sunni kerana meyakini bahawa masyarakat Malaysia harus kekal sebagai masyarakat yang bersatu dalam satu mazhab iaitu mazhab Sunni," tegasnya lagi.
Abdullah Zaik turut menyeru mereka yang mengamalkan ajaran Syiah kembali berpaksikan sunnah dan tidak lagi melakukan kesilapan yang akhirnya akan membawa perpecahan sehingga menjadi faktor untuk melemahkan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan