Tahniah buat puluhan ribu peserta himpunan BlackOut 505 yang berhimpun di Padang Merbok semalam.
Perhimpunan aman yang suatu ketika dulu sentiasa berhadapan dengan tindakan keras kerajaan kini telah melalui fasa kematangan. Rakyat semakin berdisiplin dan kerajaan semakin tunduk kepada desakan rakyat untuk berhimpun menuntut hak mereka secara aman.
Walaupun ada suara sumbang menyeru kepada jalan raya tanpa pilihan raya, saya yakin majoriti kehadiran mahukan perubahan berlaku secara aman dalam negara. Ucapan DSAI semalam turut meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan provokasi yang tidak menguntungkan gerakan perubahan oleh rakyat Malaysia.
Biarkan perubahan berlaku secara semulajadi, menelusuri sunnatuLlah di bumiNya. Seperti kata hikmat pujangga Arab yang menjadi inspirasi kebangkitan, 'Abapila rakyat pada suatu hari mahukan kehidupan (yang sebenar), maka takdir tuhan pasti akan menyahut.'
Selamat berjuang. SPR hari ini dalam politik negara adalah bagai barah yang menyerang organ kehidupan dalam tubuh. SPR adalah musuh rakyat, benteng terakhir kezaliman berkubu di negara kita.
Mereka nak berambus atau tidak, mari sedarkan rakyat di seluruh pelusuk negara bahawa suara mereka mestilah lebih kuat mengaum. BN takutkan suara rakyat seperti hantu takutkan beras kunyit!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan