Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menegaskan, pembangkang telah mempunyai kerjasama erat dengan pasukan keselamatan berkenaan dan Ahmad Zahid seharusnya membiarkan perkara itu diuruskan pasukan polis tanpa campurtangannya.
“Lebih baik beliau fokus menangani isu penipuan kad pengenalan palsu,” kata Rafizi merujuk kepada kes pengundi hantu yang didakwanya wujud dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.
Minggu lalu, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menegaskan kerajaan tidak lagi akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.
Beliau menegaskan, kementeriannya tidak lagi akan berkompromi dengan pihak-pihak tertentu yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan