Harakahdaily, |
Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, bukti itu perlu bagi mengemukakan petisyen untuk kerusi Parlimen dan Dun yang dikesan wujudnya penipuan.
"Kebanyakan kes menunjukkan mahkamah tidak bersedia untuk mengubah peraturan yang ada," katanya kepada Harakah.
Pindaan terhadap Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002), ujarnya, menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.
Ujarnya, pada 2002 hakim pernah membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Likas (Sabah) dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan dan daftar pemilih tersebut tidak bersih dengan dicampur aduk orang yang tidak sepatutnya mengundi.
"Apa yang berlaku selepas itu, SPR mengambil iktibar daripada keputusan mahkamah, undangundang dipinda dengan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah," jelasnya.
Beliau berkata, kes yang sama berlaku pada Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Pasir apabila mahkamah menolak petisyen PAS walaupun dengan bukti kukuh.
Katanya, beberapa kes ini membuktikan SPR sendiri tidak suka menerima teguran dan kritikan serta berselindung di sebalik undang-undang sedia ada.
Asmuni menegaskan, dalam seksyen yang sama walaupun dibuktikan berlakunya kesilapan, tapi sekiranya keputusan penyelewengan itu tidak boleh menjejaskan keputusan pilihan raya, maka penyelewengan itu dikatakan tetap sah dan tidak boleh dibatalkan.
"Inilah dilema pihak Pakatan, walaupun penipuan dan penyelewengan wujud tetapi amat sukar untuk mengemukakan bukti sepenuhnya kerana tidak semua individu terbabit sanggup menjadi saksi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan