Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjangkakan pengisytiharan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seawal jam 7.30 malam.
Menurutnya, pengumuman tersebut melibatkan kawasan kecil Dun di beberapa negeri seperti Perlis dan Sabah.
"Kita dapat mengetahui lebih awal kerana pengundi di kawasan tersebut kurang daripada 15,000 orang jadi pusat pengundi ditutup awal serta proses pengiraan dibuat sejurus selepas itu.
"Proses pengundian berjalan lancar walaupun terdapat sedikit gangguan daripada parti politik yang masih berkempen di saat akhir," katanya pada media, di sini, semalam.
Ketika diminta mengula smengenai isu pengundi hantu, Wan Ahmad berkata, tidak wujud pengundi hantu kerana SPR membuat pembersihan daftar pemilih selepas pembubaran Parlimen.
"Ini adalah modal parti politik sepanjang pilhan raya, mereka tidak ada hujah manifesto untuk menyalahkan orang lain. Mereka tidak bermaruah menaikkan SPR dalam isu-isu seperti ini, setiap kali pilihan raya umum, SPR sering dikaitkan.
"Mereka tidak seharusnya menahan pengundi hanya kerana rupa paras kerana selagi mereka mempunyai MyKad dan mendaftar sebagai pengundi, mereka layak untuk mengundi," katanya.
Katanya, SPR menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Jika sesiapa yang menahan dan SPR mendapat bukti dakwaan merek atidak benar, mereka boleh dikenakan hukuman, denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua- duanya sekali," katanya.
Wan Ahmad turut menjelaskan berharap orang ramai tidak mempercayai kiriman sistem khidmat ringkas (SMS), emel atau menerusi laman sosial mengenai keputusan tidak rasmi pilihan raya di mana- mana kawasan Dun dan Parlimen.
"Keputusan hanya akan diisytiharkan di pusat media PRU13, di sini. Hanya SPR yang berhak untuk membuat pengumuman tersebut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan