Ahad, 12 Mei 2013

Rakyat perlu rebut peluang SkimSel

Wartawan Sinar Harian

Rakyat perlu rebut peluang SkimSel
Amirudin mengedar risalah berhubung program kerajaan kepada orang ramai di Sungai Tua.
 
BATU CAVES - Rakyat negeri ini dinasihatkan merebut peluang perniagaan menerusi Skim Mikro Kredit Selangor ( SkimSel).

Adun Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif membela nasib rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap menerusi SkimSel.

Menurutnya, SkimSel banyak membantu peniaga mengembangkan perniagaan.

"Sebanyak RM50 juta diperuntukkan dalam usaha naik taraf hidup rakyat berpendapatan isi rumah bawah RM1,500 terutama di luar bandar,” katanya ketika bertemu rakyat di Sungai Tua, baru-baru ini.

Amiruddin berkata, seramai 7,000 rakyat Selangor menyertai SkimSel dengan jumlah pinjaman modal diperuntukkan hampir RM42 juta.

“Jumlah penyertaan dijangka bertambah pada 2013 dan menyasarkan kemasukan peserta baru seramai 20,000 ribu menjelang 2015 dengan pinjaman modal sebanyak RM150 juta," katanya.

Tiada ulasan: