Ahad, 5 Mei 2013

PKR mengatakan agen di Lembah Pantai tidak dibenarkan berada di pusat kiraan undi

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita

 Menurut PKR lagi, alasan yang diberikan oleh SPR adalah petugas-petugas mereka perlu berehat. - Gambar The Malaysian Insider KUALA LUMPUR — PKR mendakwa SPR tidak membenarkan agen kiraan undi mereka untuk berada di Sekolah Menengah Seri Pantai untuk menyaksikan proses pengiraan undi dan diminta untuk meninggalkan tempat tersebut secara tetap sebaik sahaja tamat proses pengundian.

Menurut PKR lagi, alasan yang diberikan oleh SPR adalah petugas-petugas mereka perlu berehat.

“15 agen kiraan undi Keadilan enggan untuk pergi kerana mereka mempunyai hak untuk memantau semua proses pengundian terutamanya dimana terletaknya kertas undi pada setiap masa.

“Kedua-dua pejabat kempen dan Keadilan mendesak SPR untuk menasihatkan petugas mereka di bawah agar mengikut undang-undang dan peraturan pilihan raya negara,” kata PKR dalam satu kenyataan petang ini.

SPR mengatakan terdapat 13,268,002 pengundi layak mengundi, termasuk 12,992,661 pengundi biasa, 161,251 anggota tentera dan pasangan mereka, 111,136 anggota polis dan pasangan mereka serta 2,954 pengundi tidak hadir.

Tiada ulasan: