Sabtu, 4 Mei 2013

Penyokong PAS bakar Harakah palsu

Mohd Sabri Said,



Cikgu-cikgu Pasti membakar Harakah palsu lambang kemarahan kepada mereka yang melampau


KEPALA BATAS: Guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Hal Ehwal Wanita (HelWa) Kepala Batas  bertindak membakar akhbar Harakah palsu yang disebarkan seluruh Pulau Pinang mulai semalam.

Harakah palsu lapan muka surat bertajuk 'Media Baru jadi faktor penting PRU13' dicetak di atas kertas yang agak tebal.

Selain di Pulau Pinang, semalam ia disebarkan di seluruh masjid di negeri Selangor dan Perak.

Ia melambangkan taktik kotor musuh PAS yang tidak cukup dengan menguasai media sendiri dan kerajaan sehingga terpaksa cuba sabotaj akhbar lawan.

Manurut Ketua HelWa Kepala Batas,  Puan Naenah Fadhil sebahagian kecil akhbar berkenaan telah disebarkan kepada orang ramai di pasar Kepala Batas namun sempat mengutip semula sebelum diberikan semula kepada orang ramai.

Harakah cetak keluaran terbaru terpampang wajah Mursyidul Am PAS yang mengajak  Rakyat pangkah Pakatan  Rakyat.

"Daripada ia dibaca oleh orang ramai kami ambil keputusan membakarnya,"  terangnya.

Tiada ulasan: