Ahad, 5 Mei 2013

Pengundi meragukan minta duit selepas mengundi



 
Seorang pengundi yang mencurigakan dari Sabah disoal oleh petugas Pakatan Rakyat di Pandan, Selangor, apabila dia cuba untuk menuntut wang di pondok mereka selepas mengundi.

NONECalon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (kanan) memberitahu
pemberita bahawa pengundi tersebut, Mazlan Zulkiflee, datang ke pondok parti itu di luar pusat mengundi di Taski Abim Taman Mawar untuk menuntut RM700 pada kira-kira 1 tengahari ini.

Beliau menunjukkan dokumen termasuk kad pengenalan dengan alamat di Taman Mawar, dan tiket penerbangan sehala dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia tidak boleh menyanyi lagi Negaraku apabila diminta berbuat demikian dan tidak ingat alamat yang tertera pada kad pengenalannya.

"Jika anda tanya kepada saya, saya mengesyaki dia rakyat Indonesia," kata Rafizi samil menambah percakapan lelaki itu bunyai seperti orang Indonesia dari Sabah.

Tiada ulasan: