Isnin, 6 Mei 2013

Pakatan tolak keputusan p'raya

MALAYIA KINI 
1:43AM Mei 6 2013

 
Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu.

Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

1 ulasan:

Unknown berkata...

Pada pandangan saya, PR menang di kawasan bandar yang rata-rata mendapat maklumat dari media sosial. BN sebaliknya lebih banyak memenangi di kawasan ceruk pendalaman di mana maklumat kebanyakannya hanya membaca akhbar perdana dan di sajikan oleh TV monopoli BN yang kelihatannya berkempen secara keterlaluan untuk BN sejak 2010 lagi dan bertambah teruk menjelang pilihanraya PRU13. Bayangkan saban hari setiap saluran TV tidak putus2 berkempen secara keterlaluan saban hari saban bulan dan saban tahun.