Ahad, 26 Mei 2013

Pakatan mahu 500,000 sukarelawan untuk tindakan anti-SPR

Oleh Ida Lim

 Nurul Izzah Anwar mengatakan SPR menipu, mendakwa kegagalan dakwat kekal yang diperkenalkan untuk mencegah pengundian berulang. - Gambar-gambar oleh Saw Siow Feng PETALING JAYA– Pakatan Rakyat (PR) mahu mengumpulkan 500,000 sukarelawan untuk membantah di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga pesuruhjaya meletakkan jawatan untuk digantikan dengan yang baru dan akan menjawab secara langsung kepada Parlimen.

Gabungan itu juga mahukan pengundi membuat laporan polis terhadap SPR kerana dakwat kekal yang boleh dicuci serta merta selepas pilihan raya umum 5 Mei, walaupun tujuan asalnya diperkenalkan untuk mencegah pengundian berulang.

“Rakyat akan bergerak ke SPR sehingga SPR dibubarkan. Boleh?” kata calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh kepada ribuan hadirin dalam perhimpunan di sini yang dianjurkan oleh 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebagai pengerusi majlis perhimpunan untuk membantah penipuan pilihan raya di Dataran Petaling Jaya di Jalan Timur itu, Badrul mengetuai slogan “SPR letak jawatan” dan menamakan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013. Mereka menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Ahli politik lebih dikenali sebagai CheguBard itu menggepalai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mendesak SPR dibebaskan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan diletakkan di bawah Parlimen.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap paling akhir menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.

“Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu,” kata ketua umum PKR dan menambah “kata dua” akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.

 PR mahu menggunakan selonggok laporan polis rakyat untuk dakwaan penipuan SPR di mahkamah.Anwar menggesa orang ramai untuk membuat laporan polis jika mereka mempunyai pengalaman dakwat kekal boleh dibasuh pada hari pilihan raya.

Katanya mereka perlu melakukannya bermula hari ini dan Isnin dan menghantarkan salinan laporan kepada pejabat PR.

“Ini untuk menunjukkan kuasa dan kekuatan rakyat. Kita akan cabar kamu mengikut proses. Kita juga menghormati undang-undang,” kata Anwar.

Beliau mengatakan PR mahu menggunakan selonggok laporan polis rakyat untuk dakwaan penipuan SPR di mahkamah.

PR akan melakukan petisyen untuk mencabar pelaksanaan pilihan raya dan keputusan di lebih daripada 25 kerusi Parlimen, langkah yang perlu dilakukan dalam 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan pada 22 Mei.

Anwar juga menggesa rakyat menyokong langkah Bersih untuk mengadakan Tribunal Rakyat, inisiatif yang akan digunakan bagi menyiasat dakwaan orang ramai terdapat penipuan pilihan raya.

Walaupun SPR mengatakan Tribunal Rakyat tidak sah disisi undang-undang, Anwar mengatakan ianya mempunyai legitimasi.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar sebelum itu turut mengatakan SPR menipu, mendakwa kegagalan dakwat kekal yang diperkenalkan untuk mencegah pengundian berulang.

“Kita akan lawan mereka habis-habisan terutamanya untuk memastikan tiada persempadanan semula tidak adil dilakukan,” kata naib presiden PKR itu kepada hadirin, merujuk kepada kajian persempadanan semula SPR yang akan bermula akhir tahun itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggambil pendekatan berbeza apabila beliau menggesa panyokong PR agar tidak membenci BN.

“Mereka mungkin mahu kita membenci mereka. Saya beritahu anda satu perasaan yang harus ada terhadap Umno, Barisan Nasional dan pemimpin mereka adalah kasihan. Tidak perlu membenci kerana kita cintakan Malaysia, kita cintakan masa hadapan,” katanya.

“Jangan sesekali merendahkan diri anda ke tahap mereka. Kita akan lawan dengan kasih sayang, kita akan lawan secara aman. Kita melawan kerana kita lebih baik daripada mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau mengatakan rakyat seharusnya meninggalkan parti berasaskan etnik dalam BN menamakan Umno, MIC dan MCA yang beliau dakwa sebagai perkauman.

 Anwar menggesa rakyat ke Putrajaya dan mendesak Menteri Dalam Negeri untuk menggantikan lesen akhbar harian 'Utusan Malaysia' kepada 'Utusan Rakyat'.Beliau menggesa rakyat ke Putrajaya dan mendesak Menteri Dalam Negeri untuk menggantikan lesen akhbar harian Utusan Malaysia kepada Utusan Rakyat.

“Berikan permit kepada kami dan kami akan pastikan kami menulis berita yang benar untuk rakyat dan bukannya berita untuk menanamkan perasaan benci,” katanya.

Rakyat membanjiri perhimpunan itu bermula 5.00 petang dan sampai ke kemuncaknya pada 9.00 malam dengan jalan sesak dilaporkan berhampiran Lebuhraya Persekutuan. NGO menganjurkan perhimpunan itu sebagai kesinambungan kempen PR yang bermula dua minggu lalu.

Disebalik amaran polis, mengatakan perhimpunan digelar “Himpunan SuaraRakyat505” adalah perhimpunan haram, rakyat membanjiri dengan pakaian hitam sebagai simbolik penentangan mereka dan pulang secara aman.

Tiada ulasan: