Khamis, 9 Mei 2013

Mohamad dilantik semula MB Negeri Sembilan

Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Mohamad Hasan

SEREMBAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik semula sebagai menteri besar Sabtu ini.

Upacara angkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti jam 10 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu, Mohamad berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ini adalah penggal ketiga berturut-turut Mohamad dilantik semula sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Tiada ulasan: