Azahari Ismail, 46, yang bekerja di MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo), Lapangan Terbang Antara Kuala Lumpur (KLIA), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M. Mageshwary.
Mengikut pertuduhan, Azahari didakwa menganggu dengan mengunci sembilan peti undi menggunakan sembilan mangga jenama Yunxian, di Pusat Mengundi Dewan Hangar, PUSASDA, antara pukul 7.00 malam dan 7.10 malam, 30 April 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Pilihan Raya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Mageshwary kemudiannya membenar Azahari diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa dan Hazwan Mohd Nor.
Akhbar hari ini melaporkan seorang wakil PAS bagi kawasan Parlimen Telok Kemang mengunci sembilan peti undi selepas proses pengundian awal di PUSASDA di sini Selasa lepas.
Pada PRU13 Ahad ini, kawasan Parlimen Telok Kemang menyaksikan calon Barisan Nasional Datuk V.S Mogan dicabar penyandang Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada PKR, dan calon Bebas Datuk Kumaravel Abdullah. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan