Khamis, 16 Mei 2013

Lebih 250,000 rakyat Malaysia sertai petisyen bantah penipuan PRU

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR- Seramai 251,908 rakyat Malaysia menandatangani petisyen atas talian berhubung bantahan terhadap penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) 5 Mei lalu.

Ipoh 2

Petisyen itu hasil inisiatif seorang rakyat biasa, Terry Kok dan menurutnya ia bertujuan mahu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penipuan yang turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dengan kesedaran orang ramai, kita boleh mendapatkan sokongan antarabangsa supaya siasatan dilakukan terhadap perjalanan hari mengundi,” katanya.

Jelas Terry, tiada sebarang had diletakkan untuk menyokong petisyen tersebut, justeru beliau menyeru semua rakyat sama-sama menyokong usaha itu.

“Petisyen ini tiada had, jumlahnya akan terus bertambah dari sehari ke sehari,” katanya dalam kenyataan.

“Pendirian kita jelas, bukan untuk menyokong mana-mana parti politik tetapi mahu memulihkan serta mengembalikan sistem pilihan raya yang adil. Gunakanlah petisyen ini sebagai simbol protes anda,” katanya lagi.

Untuk menyertai petisyen itu, KLIK SINI.

Tiada ulasan: