KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Berhad memaklumkan
pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci mengenai talian pelanggan
yang didakwa digunakan untuk menyebarkan SMS berunsur perkauman.
Rohizan Ismail, Ketua Media dan Hubungan Kerajaan dalam kenyataannya berkata, Celcom tidak terlibat atau bersubahat dalam mana-mana kegiatan penyebaran sms yang boleh mencetuskan keamanan negara.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengadu telefon mereka telah diklon untuk menyebarkan sms palsu berunsur perkauman.
Ekoran itu, Salahudin menuntut Celcom memberikan penjelasan mengenainya kerana beliau menggunakan talian Celcom.
"Celcom menegaskan sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan berorientasikan pelanggan, pihak kami amat menghormati privasi pelanggan," kata Rohizan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Dalam siasatan awal, mereka mengesyaki ada pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan teknologi penyamaran (masking) dan menyebarkan SMS berunsur hasutan tersebut.
"Pihak kami akan bekerjasama dengan pelanggan bagi mengenalpasti mereka yang terlibat yang telah menyalahgunakan talian beliau kerana tindakan ini bertentangan dengan piagam pelanggan Celcom.
"Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika siasatan kami mendapati ada unsur- unsur tersebut.
"Kami sanggup melakukan apa sahaja bagi melindungi kepentingan para pelanggan kami dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," kata kenyataan itu.Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan