Ahad, 12 Mei 2013
Kempen anti Cina ‘Utusan’ berterusan
KUALA LUMPUR— Akhbar Umno, Utusan Malaysia dilihat masih lagi meneruskan serangan terhadap komuniti Cina yang didakwa menjadi punca kepada prestasi teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
Dalam artikel yang diterbitkan hari ini, akhbar Mingguan Malaysia, edisi hujung minggu Utusan Malaysia masih menyiarkan artikel berbaur menyerang komuniti Cina, apabila dalam ruangan ‘Analisis Mingguan’ tulisan Awang Selamat menyatakan sudah tiba masanya masyarakat Cina mengambil iktibar menyokong DAP walaupun hakikatnya mereka yang menguasai ekonomi dan antara kaum terkaya.
“Pada PRU 13 masyarakat Cina sekali lagi memilih untuk percayakan DAP, yang memainkan sentimen perkauman yang sangat tenbal. Tsunami Cina lebih besar kali ini,” memetik kenyataan Awang Selamat yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.
Awang dalam tulisannya turut mendakwa ada majikan Cina yang memaksa pekerja mereka mengundi DAP, termasuk juga tokoh kewangan Cina yang kaya raya daripada kontrak kerajaan memberi dana kepada pembangkang untuk melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang.
“Dari awal lagi masyarakat Cina sudah menetapkan arus untuk mencetuskan tsunami.
“Sesiapapun yang menyokong BN biarpun daripada kalangan tokoh Cina akan ditekan dan dimalukan,” kata Anwa lagi.
Beliau turut menimbulkan persoalan dalam penyataan “apa lagi Cina mahu adalah relevan walaupun tidak disengangi?”
Sementara itu dalam tulisan Baharom Mahusim, juga disiarkan Mingguan Malaysia, berkata, antara pengajaran yang muncul dalam Pilihan Raya 2013 adalah “orang Cina bukan ‘king maker’ dalam politik Malaysia kerana tanpa sokongan mereka pun BN tetap memerintah negara, tetapi hubungan kaum selepas PRU 13 katanya akan memasuki suasana baru.”
“Pola pengundian PRU 13 yang bersifat perkauman - yang dicerminkan oleh Tsunami Cina seharusnya mengukuhkan iltizam BN melaksanakan dasar afirmatif untuk Melayu, Bumiputera Sabah, Sarawak yang ketinggalan jauh dari segi ekonomi.”
Zulkefli Hamzah pula berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhak menyuarakan rasa kecewa terhadap komuniti Cina kerana kerajaan telah melaksanakan banyak tuntutan mereka, namun membalasnya dengan menolak kerajaan.
“Penurunan pengundi Cina juga berlaku dalam Pilihan Raya 2008, disebabkan itu perdana menteri sedaya upaya cuba memenangi hati pegundi ini dengan memberi apa mereka minta.
“Tetapi itu tidak berlaku malah lebih buruk lagi, bayangkan kekecewaan BN khususnya perdana menteri .. Lantas beliau layak menyuarakan rasa kecewa dengan menyifatkan ianya sebagai tsunami Cina,” katanya.
Beliau turut menyiarkan petikan-petikan daripada beberapa pemikir dan ahli politik politik Cina untuk memberikan jawapan terhadap tsunami Cina dalam PRU 13 kali ini.
Antaranya adalah Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Yuon yang menyatakan beliau sendiri hanya menerima 15 peratus undi Cina di Bruas, berbanding Melayu antara 70 hingga 75 peratus dan India 55 hingga 60 peratus.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huang Cheng Guan juga turut dipetik meminta masyarakat Cina kembali memikirkan jasa BN kepada mereka, yang menurutnya “ apa lagi yang kerajaan tidak lakukan untuk masyarakat Cina.”
Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini menerima kecaman apabila dalam laman utama akhbar berbahasa Melayu itu menyiarkan tajuk kontroversi “apa lagi Cina mahu?” ekoran prestasi BN yang menurun dalam PRU 13.
Sebaliknya DAP menunjukkan peningkatan prestasi apabila majoriti pengundi Cina beralih arah kepada parti majoriti Cina itu yang juga parti kompinen dalam Pakatan Rakyat.
BN memenangi 133 daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan berjaya membentuk kerajaan walaupun mempunyai jumlah undi popular yang lebih rendah berbanding PR yang memiliki 89 kerusi Parlimen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan