Jumaat, 17 Mei 2013

Jangan 'liwat' akal sendiri, kata Ahmad Maslan


MALAYSIA KINI


 
Pembangkang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka, kata pemimpin kanan Umno.

Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata, undang-undang Malaysia sebaliknya menetapkan proses pilihan raya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, bukan jumlah undi popular.

NONE"Oleh itu, pembangkang yang sering mendakwa mereka pandai dan layak memerintah sepatutnya faham undang-undang negara ini dan jangan memalukan diri sendiri.

"Jangan 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri. Malulah dan hormatilah rakyat," katanya.

Menulis dalam Utusan Malaysia hari ini, Ahmad memetik kenyataan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamarudin Baria yang menjelaskan, BN meraih 47 peratus undi popular, PKR (20 peratus), DAP (15.4 peratus) dan PAS 14.5 peratus.

Jumlah itu jika dicampur hanya mewakili 49.9 peratus, tambahnya lagi.

Tiada ulasan: