Jumaat, 10 Mei 2013

Jais siasat 14 lagi bekas pengikut Arqam

SINAR HARIAN

SEPANG - Seramai 14 individu termasuk seorang bayi perempuan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, untuk disiasat berhubung ajaran Al-Arqam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin berkata individu terbabit yang merupakan antara 35 rakyat Malaysia yang diusir kerajaan Arab Saudi, tiba pada tengah hari tadi dari Jeddah.

"Mereka ditahan untuk siasatan dan selepas disiasat mereka akan dilepaskan dengan bon jaminan Jais," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jais sebelum ini menahan 13 individu dari kumpulan sama yang bahan berkaitan kumpulan Al-Arqam seperti buku, pamplet dan risalah turut ditemui pada mereka.

Mereka ditahan mengikut Enakmen Agama Islam Negeri Selangor kerana berdasarkan fatwa Mufti Selangor, Al-Arqam sudah terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. - Bernama

Tiada ulasan: