Isnin, 13 Mei 2013

Jabatan Perpaduan Negara gesa media, ahli politik hentikan isu perkauman

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR -- Putrajaya menggesa pihak media dan ahli politik hari ini berhenti daripada cuba mewujudkan ketegangan kaum selepas Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin (gambar) menuduh DAP dibelakang rusuhan kaum 13 Mei semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Bin Hassan juga berkata Utusan Malaysia dan penerbitan media lain supaya "bertanggungjawab ke atas apa yang mereka laporkan”, sejurus selepas akhbar harian milik Umno tersebut mengeluarkan artikel bertajuk “Bersatulah Melayu” di hadapan muka depan mereka sempena ulang tahun ke-44 tragedi tersebut.

“Pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mewujudkan perasaan permusuhan dan kebencian,” kata Azman kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Bukan sahaja Utusan, tetapi seluruh komuniti media dan ahli politik tidak perlu membuat sebarang kenyataan yang menyakitkan perasaan orang lain,” katanya.

Pihak polis ketika ini sedang menyiasat Utusan Malaysia kerana menghasut selepas akhbar tersebut menghasilkan artikel “Apa lagi Cina Mahu?” serta menuduh pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN.

Utusan Malaysia juga mengeluarkan beberapa artikel lain seperti

“Golongan Muda Cina Monopoli Persahabatan haram” dan “DAP Terus Cetus provokasi” hari ini, serta mengeluarkan gambar pemuda Cina membantah di perhimpunan baru-baru ini di Pulau Pinang dan Petaling Jaya bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) yang tewas di Shah Alam dalam Pilihan Raya 2013, membuat tuduhan Lim Kit Siang bertanggungjawab dalam insiden berdarah tersebut dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut semalam.

Lim Kit Siang seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.

Namun, bekas ahli Umno Tamrin Ghafar tampil membersihkan nama Lim semasa kempen Pilihan Raya 2013 baru ini dengan mendakwa Umno adalah dalang disebalik rusuhan itu.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba berkata beliau dimaklumkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Ghazali Shafie, bahawa 13 Mei adalah hasil daripada rampasan kuasa dalaman Umno terhadap pengasas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Pemimpin Umno tidak henti-henti menyalahkan prestasi buruk mereka pada pilihan raya kali ini adalah berpunca daripada “tsunami Cina”, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberikan cadangan sama.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR), lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Azman berkata hari ini “tidak adil” untuk menyalahkan masyarakat Cina dan menggesa semua pihak untuk bermain isu perkauman.

“Kita perlu hentikannya,” katanya.

“Kita perlu fikirkan tentang negara kita dahulu, barulah parti dan kumpulan. Sekarang kita perlu bercakap tentang perpaduan; Kita perlu memberi tumpuan bagaimana untuk membina negara dan kemajuan,” kata Azman.

Semalam, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana “khianat” terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.

Tiada ulasan: