Isnin, 6 Mei 2013

Ibrahim Ali, Zul Noordin kalah dalam Pilihan Raya 2013

THE MALAYSIAN INSIDER

 Ibrahim, yang disokong kuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kalah kepada calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz. - Gambar fail KUALA LUMPUR— Dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin tewas di kerusi masing-masing Pasir Mas dan Shah Alam.

Ibrahim, yang disokong kuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kalah kepada calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Manakala Zulkifli yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) kalah kepada penyandang kerusi Khalid Abdul Samad dengan melebihi 10,000 majoriti undi.

Kedua-dua calon kontroversi ini menjadi perhatian sepanjang Pilihan Raya 2013 oleh kerana tindakan-tindakan mereka seperti menghina kaum dan agama lain.

Tiada ulasan: