Sabtu, 25 Mei 2013

Himpunan Suara Rakyat 505: SUARAM Sedia Peguam, SMS Maklumat Jika Ditahan


amcorp mall himpunan blackout 505 01

SHAH ALAM: Pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyediakan khidmat guaman bagi membantu perserta Himpunan Suara Rakyat 505 yang ditahan polis malam ini.

Menurut peguam SUARAM, Murnie Hidayah Anwar, peserta perhimpunan yang ditahan dinasihatkan menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor yang disediakan bagi memudahkan SUARAM mengambil tindakan  seterusnya dengan kadar segera.

“Orang kena tahan (OKT) boleh hantar mesej nama penuh, nombor kad pengenalan, balai mana ditahan dan jika cedera melalui SMS dan SUARAM akan hantar peguam ke balai polis di mana orang kena tahan (OKT) diletakkan.

“Jangan telefon, tetapi SMS lebih memudahkan kami ambil butiran orang kena tahan,” kata Murnie ketika dihubungi TV Selangor.

Talian untuk mesej tersebut adalah: 017-328 8794 (Murnie), 010-214 2076 (Farhana), 012-625 5384 (Hida), 012-896 5727 (Sam), 017-332 5424 (Hasbee), 013-384 5740 (Theva) dan 012-499 4872 (Yu Lin).

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluahkan keyakinan pihak polis mampu mengawal perhimpunan yang beliau sifatkan sebagai perhimpunan haram itu.

Ahmad Zahid turut mengingatkan peserta perhimpunan agar tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Himpunan Suara Rakyat 505 yang juga dikenali Himpunan Blackout 505 pertama kali diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu ekoran protes terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tiada ulasan: