Khamis, 23 Mei 2013

Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat, 23 Mei

Roketkini.com.



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang tidak bersih dan adil dan pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana memberikan sokongan yang cukup hebat kepada PR di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, PR bukan sahaja berjaya mempertahankan kuasa di negeri Selangor, malah meningkatkan jumlah kerusi dan majoriti yang diperolehi calon PR.

Sehubungan itu, katanya, DAP Wilayah Persekutuan dan Selangor akan menganjurkan satu Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya (Hadapan Amcorp Mall) pada 23 Mei ini (Khamis) jam 7 malam.

Menurutnya, antara pemimpin PR yang akan menyampaikan ceramah pada perhimpunan itu ialah Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Tamrin Ghafar, Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh), Teng Chang Khim, Tony Pua dan lain-lain.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana memberi kerjasama untuk mengadakan Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat pada 23 Mei ini (Khamis) 7 malam di Padang Timur supaya berjalan lancar.

“Pihak polis akan membantu mengawal trafik dan mencadangkan supaya hadirin menggunakan tempat letak kereta yang sedia ada yang ditunjukkan dalam peta yang dilampirkan.

“Untuk mengurangkan kesesakan jalan raya, kami menggalakkan hadirin menggunakan sistem LRT Taman Jaya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.-Roketkini.com.

Tiada ulasan: