Beliau yang juga merupakan Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR menegaskan, Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan projek mega yang tidak bermanfaat dan menangani rasuah dengan serius bagi menangani “krisis kewangan” sebelum memperkenalkan GST.
Beliau yakin BN sedang menghadapi krisis fiskal yang nyata, dan PKR jelasnya percaya punca kepada perkara itu adalah asa cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang ketara.
“Sekiranya kesemua perkara itu ditangani, kemudian kami (PKR) akan pertimbangkan untuk laksana GST,” katanya.
Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Kelana Jaya dalam Pilihan Raya 2013 lalu menegaskan, pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia adalah terlalu rendah dan tidak mempunyai pendapatan mencukupi bagi membayar cukai pendapatan.
Asas cukai yang lemah juga jelasnya adalah berpunca darupada perkara itu dan pelan GST BN adalah regresif dan pada dasarnya akan melihat majoriti rakyat membayar lebih cukai daripada orang kaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan