Ahad, 19 Mei 2013

Episod pilih Exco : Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Wartawan Sinar Harian
SELESAINYA sudah PRU13 membawa kita kepada satu lagi proses dalam menentukan teraju negara.

Di peringkat Persekutuan, barisan anggota Kabinet sudah diketahui umum Rabu lalu.

Sementara di peringkat negeri pula, ada yang sudah dan ada juga yang belum selesai merangka strategi untuk membariskan senarai Exco sebagai mengemudi urus tadbir negeri.

Sehingga 19 Mei iaitu dua minggu selepas PRU13, hanya dua negeri yang masih belum mengumumkan barisan Exco iaitu Negeri Sembilan dan Selangor.

Menteri Besar SNegeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya tidak mahu tergesa-gesa dan hanya akan mengumumkan senarai itu pada bulan hadapan.

Sementara Selangor pula difahamkan berada dalam keadaan tertekan ketika ini untuk memutuskan senarai Exco ekoran masalah dalaman perikatan pembangkang itu.

Berikut senarai barisan Exco mengikut negeri-negeri yang sudah diumumkan setakat ini :-

Infografik Exco Terengganu Infografik Exco Pulau Pinang Infografik Exco Perak Infografik Exco Melaka Infografik Exco Kelantan Infografik Exco Kedah Infografik Exco Johor

Tiada ulasan: