Mahkamah
Tinggi telah membuang kes Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim sebelum
ini yang mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, namun
kedua-dua mereka ditahan semula hari ini. — Gambar ReutersKUALA
LUMPUR — Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim ditahan semula
pagi ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA), walaupun Mahkamah Tinggi membuang kes sebelum ini yang
mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, kata peguam.Peguam Yazid, Fadiah Nadwa Fikri mengatakan hari ini mereka ditahan di bawah Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, jatuh di bawah SOSMA, karana melindungi pengganas untuk aktiviti pengganas, tetapi berkata tidak diketahui jika Halimah Hussein, yang juga telah didakwa di bawah undang-undang keselamatan itu, telah ditangkap semula.
“Sudah tentu ia adalah mala fide,” kata Fadiah kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Mereka gagal dalam pendakwaan pertama. Faktanya lebih kurang sama,” katanya dan menambah permohonan habeas corpus akan difailkan tidak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan