Khamis, 23 Mei 2013

Demo jalanan tak jejas pelancongan, kata Nazri



 
Peningkatan demonstrasi jalanan 'haram' di Malaysia secara umumnya tidak memberi kesan buruk kepada pelancongan, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

bersih 3 rally 030512 01Sebaliknya, kata beliau, sektor tersebut mencatatkan peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Mohd Nazri berhujah bahawa data pelancongan tidak menunjukkan sebarang impak daripada demonstrasi jalanan.

Sejak beberapa tahun lalu, tambahnya, trend menunjukkan bahawa setiap tahun terdapat peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan, kecuali pada tahun 2003, kerana SARS dan kemelesetan ekonomi global.

Berikutan trend itu, katanya, antara tahun 2008 sehingga kini terdapat banyak demonstrasi haram yang telah berlaku, tetapi ia tidak mengurangkan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan."

Tiada ulasan: