Mengapa kaum Cina disalahkan? Kenapa bangkitkan isu Tragedi 13 Mei, perangi bahasa lain selain bahasa Melayu, syor ditutup SJKC dan SJKT? Apa telah terjadi dengan Najib Tun Razak, Umno dan BN selepas PRU13? Ikuti pandangan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Hu Phang Chaw mengenai perkara ini, ketika ditemubual wartawan kanan AZIZ MUDA pada 16 Mei lalu.
WARTAWAN: Najib Tun Razak kata BN kalah teruk sebab “Tsunami Cina”. Apa komen saudara?
HU PHANG CHAW: Saya nak tanya balik kepada Dato’ Seri Najib dan kepada Umno- BN, apakah kemenangan PAS di Kelantan itu juga kerana “Tsunami Cina”? Calon-calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam PRU13 lalu di seluruh negara sama ada di kawasan Melayu, di kawasan Cina dan di kawasan India, bukan sahaja disokong oleh orang Cina, tetapi oleh semua bangsa.
Di Selangor contohnya, terdapat banyak kawasan majoriti pengundi Cina yang ditandingi calon Melayu tetapi dimenangi calon Melayu. Banyak juga di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi calon Cina dan dimenangi calon Cina.
Kalau dikatakan “Tsunami Cina”, kenapa saya yang bertanding di kawasan Parlimen Ayer Hitam di Johor tak menang?
Pada hal di kawasan itu 58 peratus pengundinya Melayu, Cina hanya 38 peratus dan India 4 peratus.
Kalau Cina begitu kuat sekali, kenapa saya tak menang dan kenapa pula MCA yang bertanding di kawasan Melayu juga tak menang?
Apa sebenarnya yang terjadi?
Najib dan Umno-BN perlu sedar, perjuangan BN sudah tak relevan lagi. Kemerosotan sokongan yang dialami oleh Umno-BN pada PRU13 adalah tsunami semua kaum.
Orang Melayu, India, Cina yang duduk di bandar dan pinggir bandar amat terbeban dengan kos hidup yang tinggi kerana rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang berlaku dalam kerajaan BN. Itulah sebabnya Umno-BN ditolak oleh pelbagai kaum.
Najib tanya lagi “Apa lagi yang Cina mahu?”
Sebenarnya apa yang orang Melayu, Cina, India dan Kadazan mahu ialah keadilan. Orang Cina ditindas, Melayu pun ditindas.
Bukti penindasan terhadap orang Melayu, kenapa kerajaan BN tak beri royalti petroleum kepada Kelantan?
Kenapa lebuhraya tak dibuat oleh kerajaan BN di Kelantan? Orang Melayu masih banyak miskin. Jadi orang Melayu memerlukan pembelaan. Begitu juga dengan orang Cina dan apa bangsa pun semuanya memerlukan pembelaan.
Apa yang Cina nak?
Cina nak tengok BN tumbang. Pada PRU13, hanya 47 peratus yang masih bagi undi BN, manakala Pakatan Rakyat dapat 53 peratus. Saya percaya pada PRU14 yang saya jangka akan diadakan 3 tahun setengah lagi, BN akan akan tumbang.
Orang kampung yang diperbodoh dan dipermainkan oleh BN akan sedar. Anakanak mereka yang belajar dan bekerja di bandar, mereka akan sedar. Kalau Umno nak sekat kebangkitan rakyat, Umno-BN kena tutuplah universiti, kena hanya belajar hingga tingkatan 5 sahaja.
Mengapa “Tragedi 13 Mei” ditiup sama selepas BN kalah teruk?
Kalau Dato’ Seri Najib atau Umno suka mengaitkan kebangkitan rakyat sekarang dengan Tragedi 13 Mei, saya nak cabar BN supaya diterangkan perkara yang sebenar biar rakyat tahu, siapa yang mulakan Tragedi 13 Mei?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan