Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor menyelar kejadian serangan yang dilakukan oleh hampir 10 orang yang dipercayai anggota Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan sekutu mereka ketika acara himpunan 'candle light vigil' untuk menyatakan rasa solidariti kepada Saudara Adam Adli di Pulau Pinang malam tadi.
Tindakan
menyerang masyarakat prihatin yang hadir menyokong pembebasan Saudara
Adam Adli adalah samseng, keterlaluan dan tidak ubah seperti binatang
yang bertindak tanpa akal rasional. Kejadian ini sekaligus membuktikan
bahawa budaya politik samseng sudah mengakar dalam Pemuda UMNO.
AMK
Selangor cukup yakin kejadian ini tidak akan mendapat perhatian pihak
polis yang akan terus menjadi aparat pemerintah untuk mempertahankan
kekuasaan mereka. Justeru kita menggesa Pergerakan Pemuda UMNO yang
dipimpin oleh Saudara Khairy Jamaluddin segera mengambil tindakan yang
tegas terhadap anggota Pemuda yang terlibat dalam kejadian malam tadi.
Tambah pula, sebagai Menteri Belia, beliau wajar memastikan golongan
belia khususnya dalam Pemuda UMNO melaksanakan agenda membanteras
tindakan samseng yang kini mengakar dalam Pemuda UMNO.
Harapan
kita, budaya politik baru yang menolak asas gangsterisme menjadi asas
kepada pembentukan lanskap politik yang lebih baik. Semoga budaya
politik samseng menjadi cemuhan masyarakat dan tidak diwariskan kepada
mana-mana organisasi kepemudaan di Malaysia.
Salam perjuangan,
Hamsah Djabir
Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan