Khamis, 16 Mei 2013

Bentuk SPR baharu


Harakah,
 
PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan ahli-ahlinya diminta meletakkan jawatan jika gagal memberikan jawapan memuaskan, mengapa penggunaan dakwat kekal yang diperkenalkan dalam PRU13 yang lalu tidak kekal seperti yang dicanangkan.

Malah pelbagai dakwaan penipuan dilakukan badan itu dalam PRU13 juga mesti diberi pencerahan segera.

"Kembalikan kepercayaan awam dan bentuk SPR baharu," saran Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Agus sebagaimana dilaporkan Harakah.

Tiada ulasan: