Jumaat, 3 Mei 2013

Awas rayuan terakhir Najib Sabtu ini

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- PAS memberikan ingatan kepada semua rakyat Malaysia Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan membuat rayuan kepada mereka Sabtu ini.

Untuk itu, mereka perlu bersedia dengan segala rayuan itu dan jangan terpengaruh dengannya, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar).

Sehingga kini, katanya, kempen PRU13 PAS di seluruh negara berjalan seperti dirancangkan.

"Sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat sangat luar luar biasa," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yakin, Pakatan akan mendapat majoriti mudah di Parlimen dalam pilihan raya ini.

Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat mendapat sekurang-kurangnya 121 kerusi Parlimen dan dijangka akan meningkat lagi.

"Kita menjangka PM Najib akan melakukan rayuan terakhirnya Sabtu ini dengan menyalahgunakan media kerajaan iaitu RTM.

"Langkah desperate ini diyakini tidak dapat mengubah keputusan rakyat untuk membuat perubahan di Putrajaya," tambah Dr Hatta yang kini mempertahankan kerusinya di Parlimen Kuala Krai, Kelantan.
-Harakahdaily

Tiada ulasan: